Friday, 28 April 2017

Pros and Cons bagi mereka yang tinggal bersendirian di rumah.

Image result for Girl in house tumblr

Assalamualaikum dan selamat malam ^^,
*Warning* Post kali ni tersangatlah panjang. Bagi yang sudi baca sampai habis, anda adalah juara. Tahniah! ^^,
Yup, I'm back again with new post. So hari ni nak cerita pasal apa ツ?

Untuk yang masih belum tahu lagi, saya ialah seorang gadis 20-an yang sudah bekerjaya dan menetap seorang diri di rumah family saya di kampung. To make it clear family saya yang lain semua bekerja di Kuala Lumpur dan menyewa di sana. Akan pulang ke kampung menjenguk saya pada hujung minggu saja :)

Okay, baiklah. Memandangkan saya ada pengalaman tinggal sorang2 ni, jadinya saja nak kongsi sikitlah kelebihan dan kekurangannya, serta tips2 keselamatan ye. 

Kelebihan yang pertama, kita boleh belajar berdikari. Kalau sebelum ni kita dah biasa ada orang tolong buat itu ini untuk kita. Kali ni, semua kita buat sendiri. Sebangai contoh, kemas rumah. Kalau dulu kita sama2 adik beradik kemas rumah, sekarang ni tak dapat lahh weyhh. Buat sendiri lah. Dah besar kan~ Lepas tu beli barang dapur sendiri, tukar mentol atau assemble barang2 perabot kecil ke. Dulu ayah atau abang buat. Laa ni, kita kena buat sendiri la ye ;)
  • *Kekurangannya* pulak... Kadang2 macam ada masalah yang besar terjadi, contoh macam bekalan elektrik takde, kita demam ke, bencana alam ke. Dengan siapa kita nak rujuk waktu2 macam tu. Yaa, untuk elektrik tu kita call TNB je lah. Macam demam tu. Pernah kena dulu. Nangis macam hape dah waktu tu. Gagahkan lah jugak diri sendiri drive gi klinik. Tapi kalau dah ada panadol waktu tu pun dah lega gile rasanya ^_^"
Kelebihan yang kedua, kita boleh jadik diri sendiri. Pepatah jepun ada mengatakan, ececeh... Panjang sangat sebenarnya pepatah tu. Saya pendekkan je la ye. Diri kita ni, masing2 ada 3 wajah/topeng. Topeng pertama depan orang yang kita tak kenal, topeng kedua depan family atau kawan2 kita dan topeng ketiga adalah wajah kita sendiri. Setiap topeng punyai karekter yang berbeza-beza. Haa, macam tu lah lebih kurang. So jadinya bila dah sengsorang ni. My life, my rulez la! Ye dokk! Haha XD. I admit that sometimes ada perangai2 gila yang I buat like tangguh kemas rumah, tangguh mandi, and macam2 lagi lah. Sebab sengsorang kan. Who cares. LOL. Tapi sebenarnya sebagai seorang insan/manusia tak elok la buat gitu. Nak2 kita ni perempuankan. Ye dok XD. Tapi yang bestnya, saya dapat full time concentrate pada hobi2 saya, contohnya ketenangan untuk membaca, do some drawings dan sings out loud tanpa ada orang judging kooo! Haha.
  • *Kekurangannya* pulak... Apabila tidak semena-menanya ada sedara mara yang nak datang rumah. Oh Em Geeee, waktu tu punya lah gabra and terkocoh-kocoh nak kemas rumah. Mana yang tak basuh pinggan lagi, sampah tak buang ke. Haduii. Waktu tu barulah lah rasa menyesal nokk~ Bukan main lagi sila panggung sebelum ni. Dah last minit baru nak kemas2 bagai. Haha. Benda ni memang sukar di bendung. Sebab kita dah buat mind set kita bahawasanya kita alone dan takde orang nak judges kita. Maka apalagi, bermaharajalela lah kita. Kan!
Kelebihan yang ketiga, breaks some rules. Sebagai contoh ye, contoh. You can only eat a tub of ice cream like, once a month. But when you are alone. You decide to eat a tub of ice cream, 4 times a month. Once a week. Haha. Belum pernah lagi lah buat gitu. Gile ko... Potong kaki weyyh! Haha. But yang sering kita buat. Kita ye. Makan dalam bilik. Hehehehe *gelak jahat. Fuhh, ni kalau dapat tau dek mak den ni, masak weyh. Satu nogori di kojokan den. And yaa. Banyak lagi rules yang bakal atau dah kita breaks. Because of being alone. Right?

Image result for best place to eat in bed
  • *Kekurangannya* pulak...Siap sedialah dengan aftermath nya. Setiap tindakan yang tidak beretika itu ada "ganjarannya". Haha. Bed sheet stain with gravy, chips, sambal and etc.etc. Haha. And that time. Bukak semua cadar, shampakk dalam mesin basuh. Ganti cadar baru. Vacuum balik karpet, spray pewangi bilik. Fuhh, padan lah muka! Haha.
Now the fun part! Tips hidup sorang2 ni:-
People always asked. Tak takut ke duduk sorang2. Tak sunyi ke. Tak bosan ke. Dan macam2 persoalan lagi sampai dah naik jemu I mendengarnya. OKAY! Tipulah tak takut. Tipulah tak bosan. Tipulah tak sunyi, sedih duk sorang2 ni. Tapi bila kita decide buat sesuatu tu. Kita sebenarnya dah ikat mati atas apa saja consequences yang bakal terjadi lepas tu. Sebab kita yang decidekan! Right?

Apa yang paling ditakuti bukanlah makhuk2 ghaib Allah tu. Tapi lebih pada manusia. Manusia ni hidup. Manusia ni boleh mendatangkan bahaya pada kita. Makhluk2 ghaib Allah tu, maybe akan bagi sikit effect pada diri kita. Tapi tak akan sampai tahap mengancam nyawa. Okay, nampak tak sekarang ni? Saya memang seriau sangat2 bila fikir ada orang akan cuba pecah masuk rumah, nauzubillah minzalik. Mintak dijauhkan, amiinn. Sebab kita sorang2 tau. Apa yang kita daya buat? Jerit? Might works, might not. So, antara safety things yang saya selalu buat adalah :-
  1. Sebelum dan selepas keluar rumah, pintu, grill, tingkap, pagar besar semua lock. Pakai mangga! Even benda tu boleh dibukak dengan menjahanamkan benda tu. At least manusia2 yang jahat tu ambil masa yang lama dan akan buat bunyik bising, thus akan buat orang lain triggered dengan benda tu. Dan jangan lupa. Always and always baca ayat pelindung. Even sesaja duduk dalam rumah tu. Baca jelah. Sebab kita dah usaha. Tinggal tawakal pada Allah. Yang selalu saya amalkan, ayatul kursi dengan ayat ni, inshaaAllah akan berada dalam lindungan Allah S.W.T.
    BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM. LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZEEM.
  2. Make sure, pintu bilik yang kita selalu guna untuk tidur, ada kunci selak kat situ. Kunci tombol yang biasa tu dah tak function dah. Benda tu mudah sangat orang bukak. If ada kunci selak tu, memang susah orang dari luar nak bukak. Kecuali di robohkannya pintu tu. Make sure sangat2 selak tu kukuh. Bukan yang cap ayam punya. Kasi skru/paku ketat2. Dan buat quality assurance sikit lepas pasang tu. Kukuh ke tak. Dan sebelum tidur tu, bukak lah satu dua lampu kat rumah kita tu. Dapur satu and luar rumah satu. Jangan duduk dalam keadaan totally gelap.
  3. Alat pertahanan diri. Yup, benda ni. Sangat2 lah penting. Tolonglah ada sesuatu alat yang boleh membatalkan niat jahat manusia2 jahat ni. Saya tak nak mentionlah alat apa yang perlu ada tu. Takut kena gam lah pulak nanti kan. Just make sure ada. Berdekatan dengan tempat tidur kita. Yang mudah untuk kita capai. Saya bukan nak ajar mencederakan orang. Saya cuma nak pastikan diri kita ni terjamin sikit. Sebab kita dah takde sesiapa dah waktu tu nak bantu kita. Nak tak nak, kita perlu support diri kita sendiri :) Haaa, lagi satu. Buat yang ada kereta tu, kunci kereta letak dekat sebelah kita. If ada apa2 yang mencurigakan, just tekan je alarm tu.
  4. Asyik tips keselamatan dari orang yang tidak dikenalikan. Kita tukar pulak, pencegahan kebakaran. Benda ni memang saya ambil berat. Sebab saya ada sejenis sifat OCD yang sangat teruk bila bab2 macam ni. Because of my trauma dengan kebakaran. Bila lepas saya dah selesai guna dapur gas, saya akan ulang 3 hingga 4 kali ke dapur untuk check sama ada dapur gas tu dah tutup ke belum. Dan saya akan sebut "Dah, dah, dah, dah, dah...." sampailah saya rasa yakin. Bukan untuk dapur gas je, plug elektrik, pintu dah kunci ke belum, and others. Yaa, nampak kelebihannya di situ tapi otak saya penat dengan keadaan macam tu, haha +_+" Okay, back to the topic. Untuk ni just make sure. Jangan lupa tutup segala plug mak nenek plug yang ada kat rumah tu kalau tak guna. Jangan over-use. If, ada bunyi or bau gas call orang yang berpengalaman or fire department ke. Jangan buat tindakan sendiri. Dan tolonglah jauhkan segala benda yang senang di sambar api. Kain, buku, kotak ke. Jauhkan daripada plug, dapur gas and etc. A little spark can make a bigger worst things ever.
  5. And last but not least. Never ever bukak pintu or sahut panggilan orang yang kita tak kenal. Tinjau kat tingkap dulu. Siapa orang tu. If tak kenal. Buat senyap. Buat tak tahu. Even ada orang jemput pergi kenduri sekali pun, LOL. Haha, untuk ni parents kita mungkin kenal orang tu. Kita je yang tak kenal. Bukannya apa, bila dah start bukak pintu, of course borak, bila dah borak mesti tanya sorang2 ke. Kita pulak jenis lurus, "haa sorang". Dah orang tu dah dapat target kita. Bukannya sombong, cuma dunia sekarang dah gila. Duduk dekat rumah sendiri pun dah tak selamat. Ni kan pulak kat luar. Hmm.
Yeahh!!! I'm done!
Akhirnya habis jugak. Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan kongsi dengan awak2 kat luar sana. Tapi I is letih. Haha. Next time maybe. Ni pun dah cukup banyak duk bebel ni. Saya harap korang2 kat luar sana yang senasib dengan saya, duduk sorang2 kat rumah. Living by your own. Harap tabahkan diri. Jaga diri baik2 dan sabar. Saya tahu dalam hati kalian mesti terdetik kenapa korang kena hadap benda2 macam ni. Selalu bersangka baik denganNya. He knows best. Okay ;) Jangan sedih2 selalu tau! Hehe. Alright, till then bye2 ~


No comments: