Baffle-Zone

Sunday, 1 January 2017

Creating 'new' New Year.

Assalamualaikum,

Happy New Year guys :)
Its freaking public holiday, but I'm struggling my arse off working today. Yaa, worth the money tho. Triple count. But believe me, quality times with your family are worth more than the money. But its okay. Tengah mengira waktu untuk family time pertengahan bulan ni. Samada Langkawi atau Terengganu, which one better? Trying to be positive today. No more cengey girl. Or if this hard enough, lets start the 100 Days Happy Challenge! Haha, 10 hari pun belum tentu boleh buat ;p

Seperti biasa, tiap-2 tahun ada je azam tahun baru kan. Dan boleh dikatakan dalam 5 azam, cuma 1 je yang berjaya terlaksana. Yang lain, tunggu tahun depan, kita recycle balik azam tu. Haha.

As my title is, new New Year. Jadinya, tahun ni kita buat sesuatu yang baru. Jangan keep recycle atau restart apa yang dah berlalu dulu tu. Selalunya kita berazam nak kurus kan setiap tahun, kita try pulak tahun ni, azam kita nak gemuk. Haha, sebab apa? Sebabnya dedulu bukan main lagi nak kurus tapi tak jadi2, la ni kita try pulak jadi gemuk. Nak tengok jadi sebaliknya ke atau kita duk pulun habis ikut bulat-bulat azam tu. Siapa yang lurus, trick ni agak berbahaya untuk anda. Haha!

So, untuk tahun ni aku takde azam yang spesifik. Cuma mohon dibekalkan satu hati yang tabah dalam hadapi semua perkara. Dan bibir yang sentiasa tersenyum walau sakitnya hati waktu tu :) Sebab, dalam keadaan aku cuba recovery ni, aku tak boleh expect too much. Just trying to live my life well, because we only got it one <3 Live it to the fullest. Dan mungkin aku akan mulakan #100DaysHappyChallenge tu. Haha, bersepah lah gambar-gambar aku dekat ig nanti. 

Dan pesanan aku untuk mereka-mereka yang pernah datang dalam hidup aku samada beri kenangan pahit mahupun manis pada aku, aku ucapkan terima kasih. Aku belajar sesuatu dekat situ. You know who you are, YUP YOU!

Love,
KNR
Share:

Saturday, 31 December 2016

THE END of 2016


Assalamualaikum and happy saturday guys.

Baiklah, saya adalah seorang blogger yang teruk. Sebab berbulan tak update blog. Dan juga saya saja pilih tarikh terakhir untuk tahun ni nak update blog sebab saya basic blogger. Macam awak lah, ye macam awak yang tengah baca ni.

Haha XD, gurau je. Jangan memarah ye guys.
Jadinya, kenapa lama sangat tak update blog? Sebabnya aku dah tawar hati dengan tahun ni. Maaf if tahun ni merupakan tahun yang sangat bermakna bagi korang semua. Tapi bagi aku tahun ni adalah tahun yang sangat-sangat hambar dan menyebabkan tahap depression aku naik mendadak. Dan yaa depression bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main guys. Sometime bila kita tengok orang cuba buat benda yang boleh cederakan diri dia sendiri atau paling teruk bunuh diri, kita gelakkan dia dan paling kuanghajo perangai orang kita duk menerakakan orang tu. What? Serius lah, memang tak boleh terima.

Now, back to the topic. Kenapa tahun ni hambar? Kalau cerita memang tak cukup satu entry ni. Kena ada sequel die, haha. Jadinya, aku bagi point-point je ye.

☂ Ramai manusia talam dua muka
☂ Ramai kaki kipas
☂ Banyak tragedi yang tak diingini berlaku
☂ Pemungkir janji bermaharajalela 
He got engaged 
☂ No more happiness in work place
☂ Home alone
☂ Manusia tidak adil bermaharajalela
☂ Gila kuasa
☂ Batu api
☂ Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin

Dan.....banyak lagi sebenarnya. Aku bukan nak menidakkan takdir Yang Maha Esa. Sebaliknya aku cuma berduka.
Aku lebih banyak ukir kesedihan daripada senyuman tahun ini. Aku cuma harap esok, tahun baru di beri sinar 
yang lebih terang dalam kehidupan aku. Dan moga takdir Allah baik-baik belaka. InshaaAllah. Dan aku doakan 
supaya tahun baru korang di limpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t. Allahumma Amiinn 
Share:

Saturday, 6 August 2016

Oblivion

10/05/2016
- I still remember that time that you approaching me. We having a conversation like we have met before. Not knowing you well but my dear self keep on trying to get to know you better. -END-

11/05/2016
- You asking my phone number. Saying that you not a type of man who easily approaching a girl. I don't give mine but I ask yours. And you give it to me.
- I start to make a conversation through WhatsApp and what a coincidence, we both are a cat lover. That really surprise me. And I am so freaking happy about that.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Unknown date
- Always keep updating me with any news about cat. Sometimes about himself. About his hectic work. Sent a recording of himself singing, tons of cats pictures, sometimes talks about many thing that I've never knew. 
- Felt triggered when he says what if our relationship end up with marriage. STF*! We as a women, of course feel really happy about that. Isn't it? 
- But as times goes by, these relationship getting bitter and bitter. Day by day theres no any cats picture, no any humor that he want to share with me.
- Only when something that really bother him or a thing that he need to share with me, then he will chat with me. But it only last for like a couple of minutes. Then he mute. Don't know why.

Present
- Now I know, he already found someone who can cherish him more than me. I'm not mad, it just how could he just forget about me like that? After all this time, 62 weeks of relationship, he choose to silent me. The most stupid think that I have done is, I never ask how his feeling towards me. 
- As a guy who just use me as a friend in need, I really appreciate it. Just do not give any hope when this relationship is only about friendship. I die inside little by little.
- This is what we call a friendzone. I just wish that I still his best friend. But there is a word which is, Men and women can not be just best friend. It freaking impossible. 
- And I guess this is my punishment. Back to our Creator first, love and cherish Him. Love is a fitrah to all human kind. But do not over do it until you forget your Creator. He was oblivion by you! And now you deserve to be oblivion by others. Get it?

Allah love you. Always remember that :)
+ Sibuk sangat fikir pasal jodoh, baiki diri jadi lebih baik, Allah beri yang lebih baik buat kita nanti, jangan risau.
Share:

Friday, 5 August 2016

New car!


Alhamdulillah. New look. New me, inshaaAllah!

Assalamualaikum and greetings people. Yeahh, another new entry after hiatus for a long time. And now, with the new look of my blog, I hope it will motivate me more to write new entry. At least, twice a week. 

So today topic, about buying a car.
Alhamdulillah, syukur padaNya di beri rezeki untuk ada kereta sendiri tahun ni. Entry ni bukan nak menunjuk tapi nak beri tips dan beberapa peringatan before beli kereta. 

First of all, aku cuma beli kereta tempatan je, Myvi Premium X 1.3 Auto. Kenapa Myvi? Mula-mula memang sebab tertarik dengan warna gold dia tu. For your information I am die hard fans of gold's colour. Walaupun blog ni bukan warna gold, ahakkss!

Miss Goldy :* DOB:- 30 March 2016

Pada awalnya aku nak beli Saga Flx but no offence ye pengguna Saga semua, aku fikir aku perlukan kereta yang tahan lama, compact dan senang untuk aku guna. Yelah, aku ni duduk sengsorang je kat sini, jarang nak bawah jauh-jauh. Bukannya aku tak minat dengan kereta keluaran proton, family aku yang lain pun ade due tiga orang yag pakai proton, tapi setiap orang ada minatnya yang sendiri kan. Perodua ke, Proton ke, Toyota ke atau apa-apa jelah, semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting, bila nak masuk simpang, signal berfungsi dengan baik ;p

Yang paling penting bila nak beli kereta ni, kira bajet kita. Gaji kita tu lepas tolak semua perbelanjaan cukup tak nak cover bayar duit kereta. Ukur baju di badan sendiri. If gaji kita sekadar mampu untuk beli local car, yes do buy local car. Jangan beli sebab nak bergaya dan menunjuk. Akhirnya kita yang sakit. Bagi aku alhamdulillah bekerja dekat hometown sendiri je, jadinya duit sewa rumah tak payah keluar. Cuma keluar duit bayar bil air dan api. Lepas tu, perbelanjaan untuk kereta tu sendiri. Duit minyak, servis 1000km;5000km;10000km tu, repair kereta, road tax dan macam-macam lah. Untuk ni aku cover guna duit kutu. Kalau tempat kerja korang ada main kutu ke join je. Ada gunanya duit yang korang dapat tu.

Opps, lupa! Ptptn pastikan takde yang tertunggak ye. Nama-nama kita kebanyakannya memang dah ada dalam CCRIS tu, samada blacklisted atau tidak je. Kalau dah blacklisted, susah lah nak buat pinjaman bank. Walaupun korang ada dengar pengalaman kawan-kawan korang yang boleh pinjam bank walaupun dah blacklisted, jangan dengor. Sebabnya tu bergantung pada bank jugak, granto die lagi. Macam-macam di ambil kira. Susah nanti.

Dah ada kereta ni, ambil lah tahu serba-serbi pasal luar dalam kereta tu. Nak-nak kita yang perempuan ni, selalu sangat kena label noob pasal kereta. Sekurang-kurangnya tahu macam mana nak tukar tayar, tahu kat mana button hazard light kalau berlaku kecemasan, tahu maksud-maksud simbol dekat meter kereta tu. Jangan tahu simbol minyak full dengan empty je tau! Do regular check up at least once a week. Bukan susah pun. Check minyak hitam, tayar, air radiator, bateri kereta dan benda-benda basic ye. Dan ada simpan nombor telefon workshop atau service centre untuk kereta kau tu. Letak dekat kereta dan juga telefon. Yelah mana nak tahu apa-apa jadi bateri phone pulak habis. Tak ke naya.

Dan kita kena kedekut sikit! Kedekut apa? Kedekut bagi pinjam kereta kita. Kenapa? Sebab tu kereta kita lah! Hahaha. No, no, Bukan macam tu. Maksud aku kalau family members nak pinjam its okay. Kalau orang lain yang takde pertalian dengan kita aku nasihatkan kedekutkan lah sikit diri tu nak bagi pinjam kereta kita. Sebabnya lah kan, kita bersusah payah nak dapatkan dia dan malang tidak berbau bro. What if bila kau bagi pinjam kereta kau tetiba ada calar ke, kemek ke or malfunction ke. Kau tak boleh nak blame kawan kau sebab you are not there! No witnesses. So, apa kita boleh cakap? Redha je lah kan. Tapi if betul-betul emergency jangan lah pulak kita tak bagi kan. Tu kejam namanya.

Buat masa ni alhamdulillah, baru 2 kali servis kilometer tu. Servis 1000km haritu habis dalam RM200+, yang 5000km habis RM100+. Masih dalam range yang aku mampu lah. Kereta ada lah calar sikit, bukan kereta lah kan kalau takde calar, ahaaaa! Jangan tiru aku. Tak banyak gambar kereta aku tu, kurang sikit nak ambil gambar dia. Pemalu Miss Goldy ni ;p

So thats that. Sedikit perkongsian pasal kereta walaupun merapu sikit. Buat yang masih belajar jangan cakap wahh seronoknya dah kerja ada kereta sendiri. Nope! jangan cakap macam tu. Tahu tak betapa diri ni berharap dapat sambung belajar. Tapi Allah lebih tahu rezeki aku bekerja dahulu. Yang belajar tu belajar bersungguh-sungguh, mana tahu dapat kerja yang bagus lepas ni, boleh keluar kereta import pulakkan. Yang sedang bekerja tu keep the good work. Tahu kita mudah stress bila dah kerja ni, tahu kita dah banyak komitmen bila dah kerja ni, tahu kita bakal hilang life kita. Aku tahu tu, aku tahu. Nak-nak yang kerja shift ni. Just remember, niat tu kena utama. Innama 'amalubinniat. Niat kerana Allah, inshaaAllah dipermudahkan. Terus tingkatkan produktiviti kerja kita. Pelan-pelan kayuh tau dan tabah hadapi dunia realiti kat luar sana.

Till then guys, selamat malam. Hakak shift malam hari ni :*
Share:
Copyright © ❣ KHAIRUL NISYA ❣ | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com